spot_img
HomeSosiobudayaMarsha Milan dengan lagu Cinta ke pentas akhir AJL36

Marsha Milan dengan lagu Cinta ke pentas akhir AJL36

Marsha Milan Londoh pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal berasal dari Tamparuli Sabah tidak menjangkakan, lagu yang didendangkan akhirnya berjaya dipilih untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-36.  

Lagu Cinta yang didendangkan oleh Marsha Milan merupakan sebuah lagu hasil ciptaan Akim Ahmad dan isterinya, iaitu Stacy Anam.

Lagu tema bagi drama Akasia yang bertajuk Masih Ada Rindu, Marsha berasa sangat terkejut kerana lagu ini akan bersaing dengan 11 buah lagu lain di pentas akhir AJL36 nanti. 

Menerusi akaun Instagram miliknya, Marsha Milan mengucapkan rasa syukur dan  berterima kasih kepada Akim Ahmad dan Stacy Anam yang telah memberi kesempatan dan kepercayaan kepada dirinya untuk mendendangkan lagu tersebut sehinggakan lagu Cinta layak ke pentas akhir AJL36.

“Marsha pohon doa semua agar perjalanan Marsha di final nanti dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya,” katanya.

 

Penulis: Alyzzia Senna Anak Alexander

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular