spot_img
HomePolitikMangsa Bencana Tanjung Aru: 53 KIR terima bantuan bahan binaan

Mangsa Bencana Tanjung Aru: 53 KIR terima bantuan bahan binaan

Kota Kinabalu: Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPMM) kawasan N22 Tanjung Aru, Reduan Aklee, serah bantuan alat binaan kepada 53 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada kerajaan negeri.

“Seramai 33 KIR adalah mangsa kebakaran dan 20 KIR mangsa ombak besar. Penyerahan bantuan telah diserahkan sepenuhnya”

Beliau berkata, bantuan ini adalah untuk membaiki kemudahan tiga jambatan di Tanjung Aru Baru, satu jambatan di Tanjung Aru Lama dan satu di Kampung Lobong Pulau Gaya.

Difahamkan 33 KIR yang menjadi mangsa kebakaran, seramai 13 sehingga 15 KIR menduduki digeran tanah masing-masing.

Manakala baki mangsa, akan menduduki tanah kerajaan. Bagaimanapun surat kebenaran daripada Jabatan Tanah akan dikeluarkan untuk menduduki lot masing-masing.

Tambah Reduan Aklee, usaha mendapatkan bantuan berkenaan tidaklah mudah, bahkan beliau berjuang selama 10 bulan demi membela nasib kesemua mangsa.

“Saya tidak pernah berhenti berusaha sehabis-habisnya memohon bantuan kerajaan Negeri Sabah dan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu” jelasnya.

“Oleh itu, mangsa bencana air pasang dan ombak besar juga mendapat perhatian serta keutamaan saya apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan bahan baikpulih infrastruktur rumah”

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Datuk Seri Bung Moktar serta beberapa pihak lainnya atas sokongan yang diberikan sepanjang proses perjuangannya membela nasib mangsa kebakaran dan bencana air pasang di Tanjung Aru.

“Dengan adanya bantuan ini, diharapkan mereka dapat menyambut suasana Aidilfitri dengan lebih meriah lagi,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular