spot_img
HomeSemasaLori tiga tan angkut katil terbakar

Lori tiga tan angkut katil terbakar

Kota Kinabalu: Seorang pemandu berhadapan detik cemas apabila lori yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Lintas berhampiran sebuah pusat beli belah di sini kelmarin.

Difahamkan lori tiga tan berkenaan membawa muatan berupa katil sebelum terbakar secara tiba-tiba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata kejadian jam 2.15 petang itu membabitkan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan katil.

“Semasa dalam perjalanan katil yang dibawa itu terbakar secara tiba-tiba dan mujurlah kejadian disedari pemandu lori yang bertindak pantas berhenti di tepi jalan”

“Pemandu dengan bantuan orang awam berjaya memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum kedatangan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya kejadian juga menyebabkan bahagian belakang lori terkena bahagan api yang mengakibatkan cermin belakang lori itu pecah.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak memadamkan bara-bara api bagi memastikan tiada unsur bahaya lain termasuk percikan api yang boleh mengakibatkan kepada kebakaran.”

“Tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dalam kes ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 3 petang,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular