spot_img
HomeSemasaLelaki parah dibaham buaya di Sungai Giling

Lelaki parah dibaham buaya di Sungai Giling

TUARAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas dibaham buaya semasa berada di Sungai Giling di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim telah mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan selanjutnya di Hospital Tuaran.

Terdahulu, mangsa, 40, turun ke sungai terbabit untuk mencari lokan kira-kira jam 2 petang.

Menurut saksi yang juga rakan mangsa, semasa mencari lokan itu, mangsa tidak menyedari terpijak buaya yang berada berhampiran, menyebabkan reptilia terbabit membaham kaki kiri mangsa dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa terpaksa bergelut melepaskan diri daripada buaya terbabit dan mujurlah selepas bertarung beberapa minit, buaya sepanjang lebih satu kaki itu melepaskan gigitannya,” katanya

Beliau berkata mangsa yang parah, berjaya pulang ke rumah menaiki sampan dan segera dibawa ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. -Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular