spot_img
HomeEkonomiKEPKAS sedia kerjasama bangunkan pelancongan Sabah, Labuan

KEPKAS sedia kerjasama bangunkan pelancongan Sabah, Labuan

Labuan: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) sedia bekerjasama dalam membangunkan industri pelancongan diantara Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin, menyarankan agar beberapa program dapat dilakukan bersama pada masa akan datang, termasuk mempromosikan National Geopark Labuan dan National Geopark Kinabalu serta pulau-pulau yang terdapat di kedua-dua tempat.

Menurutnya, banyak usaha juga perlu dilakukan bagi mengetengahkan warisan sejarah Sabah dan Labuan, antaranya Perkuburan Perang Labuan serta Kundasang War Memorial.

Belau berkata sedemikian dalam satu kunjungan hormat kepada Perbadanan Labuan semalam.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Rithuan Mohd Ismail, serta wakil daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Dalam pada itu katanya, KEPKAS juga mempunyai perancangan untuk mempromosi pelancongan menerusi platform sukan atau riadah termasuk aktiviti berbasikal, golf dan pertandingan memancing antarabangsa Sabah-Labuan.

“Saya yakin dan percaya dengan usaha berterusan diantara kedua-dua pihak pastinya mampu melonjakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” tambahnya lagi.

Sementara itu, dijangkakan Lembaga Pelancongan Sabah dan Labuan juga akan berkolaborasi dengan Tourism Malaysia untuk membuat promosi di Johor pada 22 Februari sehingga 25 Februari depan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular