spot_img
HomeSemasaLelaki cedera tersepit, lori Iswara bertembung

Lelaki cedera tersepit, lori Iswara bertembung

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 58 tahun cedera akibat tersepit selepas kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandunya bertembung dengan lori 10 tan di Jalan Tunku Kampung Sabah Baru, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PBK I Mohd Akhbar Muhambar, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.40 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati seorang lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu Proton Iswara.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa singkat dan mengalami kecederaan,” katanya.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut beliau, pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori berusia lingkungan 30-an dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, operasi ditamatkan jam 6.06 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Operasi itu turut dibantu dua anggota polis dan dua anggota KKM di lokasi. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular