spot_img
HomeSemasaLagi remaja lelaki ditemui lemas

Lagi remaja lelaki ditemui lemas

TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di Kampung Shahbandar, petang tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Adinin Kuta, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.23 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bersama empat anggota bantuan dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkam kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setibanya pasukan di lokasi, operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara surface searching di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut diarahkan ke lokasi untuk membantu pencarian,” katanya.

Bagaimanapun, jam 7.05 malam, mangsa dilaporkan berjaya ditemui orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jam 7.34 malam.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu ditamatkan sepenuhnya jam 7.50 malam.

Insiden itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta KKM dengan keseluruhan kekuatan operasi seramai 14 anggota bomba dibantu aset jentera FRT, EMRS, D-Max dan Hilux. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular