spot_img
HomePolitik“Jaffari agih jawatan, harap jentera tidak bersedih hati”

“Jaffari agih jawatan, harap jentera tidak bersedih hati”

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Jaffari Waliam mencuri perhatian apabila ‘membuat kejutan’ dengan mengumpulkan jentera utamanya dalam satu pertemuan khas bagi tujuan pengagihan dan penentuan jawatan penting menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Jaffari, agihan itu dibuat selepas setiap jentera telah menetapkan kerusi masing-masing, sekali gus memberi ruang kepada mereka memahami peranan yang bakal digalas.

Namun begitu, beliau mengingatkan agar setiap jentera tidak bersedih atau berkecil hati dengan penetapan jawatan tersebut kerana ia sesuatu yang kekal untuk selamanya.

Kipas meja antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan.

Demikian gimik aktiviti yang telah dirancang Jaffari sebagai kejutan dan tanda penghargaan kepada seluruh jenteranya.

Apa yang menarik semua jentera berpuas hati dan terharu dengan pendekatan mesra yang dilakukan Jaffari.

“Ini semua sebagai tanda penghargaan saya kepada semua yang setia bersama dalam perjuangan ini.

“Jangan ambil hati, ini hanya gurauan dan tanda penghargaan saya kepada semua,” katanya.

Apa yang menarik, pendekatan mesra dan penuh kejutan itu ternyata meninggalkan kesan positif apabila seluruh jenteranya berasa terharu dengan gimik yang dirancang, malah menerima ‘agihan jawatan’ itu dengan hati terbuka.

Ibu Jaffari memenangi hadiah Android TV 44′.

“Sebenarnya saya hanya raikan mereka dengan jamuan makan dan pelbagai hadiah cabutan bertuah,” katanya.

Jaffari berkata, pendekatan itu diambil untuk memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kekeluargaan dalam kalangan jentera bagi memastikan mereka bergerak seiring menjelang kempen pilihan raya negeri nanti. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular