spot_img
HomeUncategorizedKWSP umum dividen simpanan konvensional 6.10 peratus

KWSP umum dividen simpanan konvensional 6.10 peratus

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2021, hari ini.

Dividen tersebut lebih tinggi berbanding 2020 yang mana dividen Simpanan Konvensional adalah sebanyak 5.20 peratus dan dividen untuk Simpanan Syariah pula sebanyak 4.90 peratus.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP berjaya mengekalkan kestabilan dan berdaya tahan untuk tahun 2021.

Menurut beliau, KWSP mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.

“Pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemic COVID-19 menyebabkan 48 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10, 000 di dalam akaun mereka.

Beliau berkata, kebimbangan utama lanjutan pengeluaran adalah memberi kesan ke atas kecukupan persaraan ahli.

“Bagaimanapun, KWSP tetap memiliki keupayaan dan ketangkasan untuk bertindak dengan impak minimum terhadap pasaran kewangan walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran aliran keluar ini.

“Untuk 2021, KWSP sudah mengimbangi semula dan mengurus portfolio pelaburan dengan membeli saham yang kukuh pada harga menarik, serta memanfaatkan pelaburan luar negara yang menyumbang 56 peratus kepada pulangan keseluruhan.

“KWSP berharap dividen ini dan prestasi berterusan KWSP akan membantu dalam memulakan proses membina semula pasaran ahlinya semasa proses pemulihan ekonomi negara yang berlaku tahun ini.” Katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, pengkreditan dividen untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah akan dilaksanakan pada Ahad, 6 Mac 2021.

“Ahli boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akauan atau mendapatkan penyata dari kiosk KWSP di seluruh negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular