Kota Kinabalu: Azrul Ibrahim Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri tegas menyatakan tindakan aktivis Hamdin Nordin telah melampaui batas dan biadap.
“Tiada perkataan yang lebih sesuai selain BIADAP terhadap penghinaan dan kata-kata jelik yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri Sabah”
“Masyarakat Sabah terkenal dengan adab, sopan santun dan budaya saling menghormati, termasuk dalam perbezaan pandangan politik,” katanya.
Tambah Azrul, kritikan boleh dibuat, tetapi penghinaan dan cercaan melampau tidak seharusnya menjadi budaya dalam negeri ini.
“Sebagai isyarat bahawa masyarakat Sabah tidak menerima budaya sedemikian, kami telah dan akan membuat laporan polis terhadap hantaran tersebut agar perkara ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut lunas undang-undang,” jelasnya.

Beliau berkata, tidak boleh membiarkan budaya menghina pemimpin, tidak kira siapa pun individu tersebut, menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Hamdin, dengan tindakan ini, kamu telah kehilangan hormat daripada ramai masyarakat Sabah yang masih menjunjung nilai adab dan tatasusila,” katanya.


