spot_img
HomeDuniaKorban puting beliung di Amerika Syarikat, cecah 100 orang

Korban puting beliung di Amerika Syarikat, cecah 100 orang

ANKARA: Jumlah korban yang terlibat dalam puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan gabenor negeri, Andy Beshear telah meragut 100 nyawa penduduk.

“Mayfield merupakan bandar paling teruk terjejas akibat daripada kejadian tersebut. Bencana yang menjadi punca bumbung sebuah kilang lilin roboh telah mengakibatkan banyak kematian”. katanya.

Daripada bencana yang pernah berlaku sebelum ini, 50 orang dipercayai maut akibat puting beliung itu. Dan kini jumlah nyawa yang terkorban semakin meningkat yang mengundang kebimbangan pihak atasan.

Demi keselamatan rakyat, Presiden diminta untuk mengumumkan darurat persekutuan dengan kadar segera.

Seramai 181 pengawal negara dikerahkan ke zon terjejas untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa sekaligus menyelesaikan kerja-kerja pembersihan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular