spot_img
HomeSemasaKluster baharu Jalan Kepayan Lama dikesan di SMK Tambunan

Kluster baharu Jalan Kepayan Lama dikesan di SMK Tambunan

KOTA KINABALU: Kedudukan kes harian di Sabah bertambah baik hari ini kecuali Tambunan yang mencatatkan satu kluster baharu. Jumlah kes baharu ialah 213 kes, penurunan 52 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu yang dinamakan Kluster Jalan Kepayan Lama telah diisytiharkan di Tambunan. Kluster ‘institusi pendidikan’ ini melibatkan seorang pelajar asrama (indeks kes) SMK Tambunan yang berumur 18 tahun dan didapati positif setelah menjalani ujian kendiri dan ujian pengesahan COVID-19 RTK Antigen kerana bergejala

“Saringan COVID-19 seterusnya telah dibuat keatas kontak rapat iaitu di kalangan rakan-rakan seasrama telah mendapati 35 orang lagi didapati positif. Siasatan lanjut yang dibuat oleh JKNS menunjukkan setakat ini jangkitan dan penularan virus terhad di kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama yang sama. Semua pelajar yang terlibat telah pun diasingkan untuk rawatan yang sesuai.

“Kota Kinabalu mencatatkan 47 kes baharu dengan penyusutan 23 kes berbanding jumlah semalam tetapi kekal penyumbang kes harian tertinggi di negeri ini. Daerah Tambunan menjadi penyumbang kedua tertinggi hari ini dengan 36 kes, di mana 34 daripada kes tersebut datang daripada satu kluster baharu, Kluster Jalan Kepayan Lama.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 213 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 244,217 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 108 (termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 236,443 orang. Manakala 761 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 413 orang di hospital, 340 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 32 orang merangkumi 28 di ICU atau repurposed kritikal care serta empat di open ward (HDW atau kubikel akut) dan sembilan orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 (24.72%)

“Sebanyak 209 daripada 213 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat empat kes dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes dalam Kategori 4 dan 5,” katanya dalam satu kenyataan media.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (110) kes daripada Saringan Kontak Rapat.

Masidi membuat kesimpulan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular