spot_img
HomeSemasaKes COVID-19 di Sabah catat sedikit penurunan

Kes COVID-19 di Sabah catat sedikit penurunan

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian di Sabah tidak banyak menunjukkan perubahan di mana hari ini masih mencatatkan 242 kes baharu, kurang 3 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes COVID-19 yang tidak statik iaitu sebanyak 130 kes daripada Saringan Kontak Rapat.

“Sembilan daerah mencatatkan kes pada dua angka dengan empat daripadanya melepasi paras 20 kes iaitu Tuaran sebanyak 35 kes, Kota Kinabalu 25 kes, Papar 23 kes dan Ranau 20 kes. Sejumlah 16 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan dua daerah pula tidak mencatatkan kes baharu.

“Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang, masing-masing 13 daerah. Ranau merekod peningkatan kes yang paling tinggi iaitu sepuluh kes manakala Kota Kinabalu mencatat penurunan yang paling besar sebanyak 18 kes berbanding jumlah semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, sejumlah kes 238 daripada 242 kes pada hari ini berada dalam kategori 1 dan 2. Hanya 1 kes sahaja dalam kategori 3 dan 5. Satu kes lagi masih berada dalam penialain Jabatan Keselamatan Negeri Sabah (JKNS).

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 242 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 242,147 kes. Tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di daerah Sipitang, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 176 (termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 234,851 orang. Manakala 760 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 418 orang di hospital, 339 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 31 orang merangkumi 26 di ICU atau repurposed kritikal care serta lima di open ward (HDW/kubikel akut) dan 14 oranq lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit staqe empat dan lima yang mash belum lengkap vaksin ialah 21 (21%.”. Katanya dalam satu kenyataan media.

Masidi membuat kesimpulan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular