HomeEkonomiKerajaan Negeri usaha tambah baik pelaksanaan subsidi diesel di Sabah

Kerajaan Negeri usaha tambah baik pelaksanaan subsidi diesel di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedang mengadakan libat urus dengan  Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan agensi Persekutuan yang berkaitan bagi  mempertimbangkan mekanisme penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel secara  bersasar di Sabah yang mula berkuat kuasa bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, mesyuarat susulan  antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan  agensi Persekutuan berkaitan berhubung perkara itu akan diadakan pada 17 Julai ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

“Peluasan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ke Sabah yang bermula pada 1  Julai lalu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai,” katanya.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap isu-isu  yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan  telah diarahkan supaya memperincikan isu-isu berkenaan serta meneliti cadangan yang  bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan yang  terkesan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular