spot_img
HomeEkonomiKerajaan Negeri Sabah tandatangan tiga MoU bernilai RM4.35 billion

Kerajaan Negeri Sabah tandatangan tiga MoU bernilai RM4.35 billion

KOTA KINABALU : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Sabah dengan tiga pelabur di Sabah International Convention Centre (SICC) semalam yang disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Menurut Hajiji, MoU pertama adalah antara Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bersama BorneoMed Sdn Bhd bagi membangunkan Integrated Herbal Plantation (SIHP), dengan pelaburan bernilai RM350 juta.

“Pelaburan BorneoMed ini turut merangkumi teknologi komersil seperti bahan penanaman, teknologi penanaman berketumpatan dan hasil tinggi, sistem Internet Perkara (IOT), pendigitalan pertanian pintar, peralatan pemprosesan komersial, sistem pergudangan serta prasarana dan kemudahan lain,” tambahnya.

Seterusnya menurut Hajiji, MoU kedua adalah antara Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dan pelabur dari China, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bagi membangunkan kilang memproses pasir silika dan menghasilkan panel solar dengan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM2 billion.

“Projek pemprosesan pasir silika dan pembuatan panel solar ini akan membuka 2,000 peluang pekerjaan, yang mana 80% akan dikhaskan untuk pekerja tempatan. Keseluruhan operasi dijangka akan bermula pada 2024,” tambahnya.

“Manakala, MoU ketiga pula adalah antara Yayasan Sabah dan Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd bagi pembangunan Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion,” tambahnya lagi.

Menurutnya,MoU ketiga berkaitan pembangunan yang meliputi kawasan atas laut (sea-land) seluas 30 ekar bersebelahan sempadan Timur Laut SICC dan bakal siap dalam tempoh sepuluh tahun.

“Pavilion Harbour City merangkumi kediaman, restoran tepi laut, pasar nelayan, hotel mewah untuk penginapan, peranginan serta aktiviti rekreasi,” katanya.

Hajiji berkata jumlah peluang pekerjaan ketika pembangunan dijalankan dianggarkan kira-kira 1,000 orang, manakala lebih kurang 2,000 orang akan mendapat peluang pekerjaan setelah pembangunan selesai kelak.

“Dengan termeterainya memorandum ini, ia akan memperkasakan lagi ekonomi negeri agar lebih mampan dan innovatif menerusi usaha memakmurkan khazanah negeri dengan berlandaskan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya,” tambahnya.

Hajiji menyatakan pelaburan luar yang berimpak tinggi ini merupakan agenda utama kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan dan hasil negeri sekali gus akan membantu kerajaan menyediakan pembangunan yang inklusif kepada seluruh rakyat Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular