spot_img
HomeSemasaKemalangan jalan raya di Sandakan

Kemalangan jalan raya di Sandakan

SANDAKAN: Kemalangan jalan raya berlaku apabila sebuah kereta terbabas sendiri ke dalam parit di Jalan Nasalim, Batu 4, Sandakan hari ini.

Pegawai Operasi PBK II Hazmizan bin Maksit berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.07 pagi, sebelum menghantar pasukan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Single cab, yang dikatakan terbabas sendiri ke tepi jalan sehingga termasuk ke dalam parit.

Menurut Hazmizan, terdapat seorang mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah keluar dari kenderaan berkenaan sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun maklumat mangsa tidak dapat diperolehi.

“Tiada operasi menyelamat yang dilakukan, dan setelah memastikan tiada bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.25,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular