spot_img
HomeSemasaJauteh Dikun Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu

Jauteh Dikun Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Jauteh menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang bertukar jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, hari ini, menyaksikan majlis serah terima tugas yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

Jauteh berkata, dengan kepercayaan,tanggungjawab dan peluang yang diberikan, beliau akan gunakannya dengan sebaiknya untuk berkhidmat demi kecemerlangan Polis Diraja Malaysia khususnya di  IPK Sabah kelak.

Di kesempatan itu, Datuk Idris Abdullah,Pesuruhjaya Polis Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan tersebut.

Beliau juga berharap agar semua terus menyumbang khidmat dan bakti dengan ikhlas demi mencapai misi dan visi organisasi agar lebih cemerlang di masa yang akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular