spot_img
HomePolitikBERSATU Sabah sebulat suara, jawatan Ketua Menteri had 2 penggal

BERSATU Sabah sebulat suara, jawatan Ketua Menteri had 2 penggal

Kota Kinabalu: Bahagian Parti Peribumi (BERSATU) Sabah sebulat suara menyong usul untuk mengehadkan jawatan bagi Ketua Menteri agar tidak melebihi dua penggal di dalam persidangan tahunan kemarin.

Pembaharuan dibuat selaras dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), penekanan terhadap tadbir urus yang baik dan telus menjadi tonggak dalam membentuk institut pentadbiran yang teratur serta meningkatkan keberkesanan membina negeri yang makmur.

Membina sumber pendapatan negeri yang optimum, pemulihan ekonomi negeri dan menstabilkan kewangan negeri turut merangkumi segala usaha dalam membentuk kesepaduan di negeri Sabah agar selari dengan segala akujanji yang telah dibuat oleh Perikatan Nasional (PN) ketika Pilihan Raya Negeri 16 tahun yang lalu dijalankan berkenaan hak-hak negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata walaupun negara masih diuji dengan penularan wabak COVID-19 sehingga mengakibatkan ketidakseimbangan terhadap ekonomi, politik dan sosial negara namun, parti BERSATU Sabah akan tetap kukuh dan utuh dalam memimpin negeri tercinta ini.

Beliau turut mengatakan bahawa kita seharusnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersidang dan membawa suara rakyat di peringkat akar umbi kerana itulah Amanah yang harus dipegang erat oleh pemimpin.

Namun, perjuangan masih belum berakhir, beliau menyeru kepada barisan parti BERSATU agar terus melangkah ke hadapan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Oleh itu ketekunan dan kesabaran harus berjalan seiring agar kejayaan mampu dicapai.
“Pantang kita berundur sebelum berjuang”, katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular