HomeEkonomiHajiji saksikan majlis serah terima tugas Komander ESSCOM

Hajiji saksikan majlis serah terima tugas Komander ESSCOM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini  menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komander Kawasan Keselamatan  Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Menara Kinabalu, di sini.

Majlis itu menyaksikan Komisioner Polis (CP) Datuk Victor Sanjos, yang kini menjawat  Pesuruhjaya Polis Sabah selepas dilantik pada 11 November lalu, menyerahkan tugas  Komander ESSCOM kepada DCP Datuk Abdul Fuad Abdul Malek.

Victor sebelum ini memegang jawatan Komander ESSCOM sebelum dilantik  menggantikan Datuk Jauteh Dikun yang bersara wajib sebagai Pesuruhjaya Polis  Sabah.

Abdul Fuad pula sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan  Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Terdahulu, Hajiji menyaksikan acara pemakaian pangkat DCP kepada Abdul Fuad oleh  Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri  Mohd Yusri Haji Hassan Basri.

Sementara itu, KM turut menerima kunjungan hormat Panglima Armada Timur, Markas  Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),  Laksamana Madya Dato’ Ahmad Shafirudin Abu Bakar.

Ahmad Shafirudin merupakan Panglima Armada Timur ke-7 yang mengambil alih  kepimpinan MPA Timur secara rasmi pada 20 Oktober lalu, menggantikan Laksamana  Madya Dato’ Khir Junaidi Idris.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular