spot_img
HomeSemasaGempa bumi lemah di Kundasang

Gempa bumi lemah di Kundasang

Ranau: Gempa bumi lemah 3.7 magnitud berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah.

Difahamkan gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.

Sementara itu di Ranau, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib, berkata tiada bangunan yang rosak susulan kejadian gempa bumi itu.

“Setakat ini, bomba tiada menerima aduan susulan gempa bumi itu. Bagaimanapun BBP Ranau ada melakukan pemantauan di kawasan Pekan Ranau.”

“Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan,”tambahnya lagi.

Penduduk di kawasan sini yang yang merasai gegaran akibat gempa bumi lemah itu diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan https://forms.gle/UwsdsnFgviZEG3d1A.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular