spot_img
HomeUncategorizedGaya Street tumpuan pelancong tempatan dan luar negara

Gaya Street tumpuan pelancong tempatan dan luar negara

Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah yang telah berusia lebih daripada 100 tahun dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Pusat bandar yang berada dipersisiran pantai ini mempunyai banyak mercu tanda bersejarah dan tempat menarik.

Salah satu tempat menarik dan terkanal di Kota Kinabalu, “Gaya Street” atau yang lebih dikenali sebagai Jalan Gaya. Tempat ini dikenali sebagai Pekan Cina Sabah kerana kebanyakan perniaga di jalan gaya adalah berbangsa Cina.

Khamarul Azman Kowasin atau lebih dikenali sebagai Payukie merupakan juara dunia Performing Art pada tahun 2016. Beliau membawa nama Sabah Malaysia sampai ke Los Angeles untuk membuat persembahan.

Payukie juga memiliki seruling terpanjang di dunia yang diperbuat daripada bambu. Beliau telah menceburi bidang ini sejak umur 8 tahun dan telah banyak memenangi pertandingan seruling.

Beliau telah hadir di Pasar Malam jalan gaya untuk memeriahkan lagi suasana pasar tersebut. Kedatangan beliau bersama dengan 4 orang rakannya yang turut bermain alat tradisional seperti sompoton, kulintangan dan drum serta seorang penyanyi “busker” mendapat sambutan daripada pelawat dan pembeli.

Kumpulan mereka bersaing dengan para penghibur yang lain tetapi kehadiran penonton yang terlalu ramai menyaksikan persembahan mereka telah membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Niat murni berhibur sambil menyumbang kepada mangsa banjir, menyebabkan penonton enggan berganjak di kawasan tersebut dan telah memberikan sumbangan yang cukup banyak untuk kumpulan Payukie sendiri.

Penulis: Lian Lydora Mikol.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular