spot_img
HomeSosiobudayaPelik dilihat, Bosou menjadi pelengkap majlis

Pelik dilihat, Bosou menjadi pelengkap majlis

Bosou merupakan salah satu hidangan tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Bosou juga dikenali sebagai Tonsom iaitu sejenis pekasam atau jeruk. Etnik Dusun yang suka berburu dan hasil pemburuan digunaan untuk membuat Bosou kerana tahan lama.

Bosou boleh dihasilkan menggunakan ikan kepayang dan juga daging mentah hasil pemburuan di hutan. Makanan ini menjadi makanan tradisional bagi etnik Dusun kerana dahulu suku kaum Dusun gemar untuk pergi memburu. Oleh itu, hasil pemburuan seperti babi di jerukan sehingga terhasilnya idea mewujudkan makanan yang dipanggil Bosou.

Bosou dijeruk dalam bekas yang kedap udara dan disimpan dalam 1 hingga dua minggu. Bau yang kuat menyebabkan ia harus ditutup dengan sangat teliti dalam bekas.

Bosou disimpan dalam rapat kerana bau yang kuat – Foto Jeff Goldbum

Menurut Maidi Kampalid, 59 tahun penduduk Kampung Baru Ranau berkata, Bosou adalah makanan paling popular jika di bandingkan kesemua makanan tradisi kaum Dusun. Bosou menjadi pilihan utama dan banyak buat di Ranau.

“Bosou harus ada dalam menu makan kaum Dusun terutama jika ada majlis tertentu diadakan. Majlis perkahwinan yang diadakan oleh kaum Dusun di Ranau adalah wajib ada Bosou yang disajikan untuk tetamu yang datang,” katanya.

Bosou hidangan wajib – Foto Jeff Goldbum

Justeru, makanan tradisi adalah lambang kepada identiti sesebuah kaum. Oleh itu, generasi baharu harus memperkenalkan lagi makanan tradisi yang ada di Sabah kepada orang luar agar identiti sebuah bangsa dapat dikenali secara meluas melalui makanan.

 

Penulis : Jeff Goldbum Anak Lasu

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular