spot_img
HomeSemasaEmpat individu cemas terperangkap dalam lif

Empat individu cemas terperangkap dalam lif

KOTA KINABALU: Selepas terperangkap dalam lif sebuah kondominium di Kolombong, kelmarin, empat individu termasuk seorang wanita berhadapan detik cemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

“Pada jam 7.20 malam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian.

Susulan Itu, pihaknya menggegaskan sepasukan anggota dan pegawai ke lokasi sejauh dua kilometer dari jarak balai.

“Semasa ketibaan pasukan bomba, empat penghuni masih terperangkap di dalam lif dan pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kebombaan,” katanya.

Tambahnya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.56 malam kemudian.-Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular