spot_img
HomeSemasaEmpat cedera dalam kemalangan di Beluran | Demi Sabah

Empat cedera dalam kemalangan di Beluran | Demi Sabah

BELURAN: Seramai empat orang lelaki serta seorang kanak-kanak cedera dalam sebuah kemalangan apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas di Jalan Kampung Gambaron, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamar (BBP) Beluran, Edeon Macheal berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 9.50 pagi.

“Seramai enam anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda terbabas sendiri dan termasuk ke dalam sebuah parit di lokasi kejadian.

“Empat lelaki berumur 10 hingga 46 tahun yang masih berada dalam kereta berkenaan cedera dan dua daripadanya cedera parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum kesemua mereka dihantar ke Hospital Telupid untuk menerima lawatan lanjut.

Pasukan bomba menjalanan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 10.44 pagi. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular