spot_img
HomeDuniaCabaran pendidikan Tubig Mampallam Centre School dalam mendepani pandemik COVID-19

Cabaran pendidikan Tubig Mampallam Centre School dalam mendepani pandemik COVID-19

TAWI-TAWI, FILIPINA: Pendemik COVID-19 memberi cabaran besar dalam sektor pendidikan di seluruh dunia. Bermula dengan penutupan semua sekolah di China pada Mac 2019, tempat bermulanya wabak virus pendemik COVID-19 diikuti dengan penutupan semua sekolah di kebanyakkan negara termasuk Filipina. Cabaran ini memberi impak pada pendidikan dan kesejahteraan ekonomi pelajar di masa hadapan.

Hja. Fatima K. Jawad merupakan pengetua cemerlang di Tubig Mampallam Centre School, tidak menggalakkan sebarang pembelajaran secara bersemuka, face-to-face sejak 1 Jun 2020 kerana risau dengan keselamatan para pelajar dalam penularan wabak virus COVID-19. Namun, pembelajaran para pelajar tetap diberikan perhatian teliti dan berkualiti dalam mendepani norma baharu ini.

Perusa J. Sampang, guru yang bertugas mengajar grade 1 berkata sekolah ini terdiri daripada 35 orang guru yang mengajar di peringkat berbeza yang diketuai oleh Hja. Fatima K. Jawad.

Para guru bersama pelajar grade 1 – Foto by Teacher Perusa J. Sampang (kiri)

“Cabaran utama seorang guru dalam memastikan pengajaran dan membelajaran secara online ketika pendemik ini begitu sukar kerana sambungan internet tidak begitu kuat di sekolah tersebut,” katanya.

Namun, atas inisiatif jabatan pendidikan dan para guru di Tubig Mampallam Centre School memutuskan untuk memberikan pendidikan secara bersemuka dengan mengumpulkan semua pelajar mengikut SOP yang ditetap.

Para guru bertugas di Tubig Mampallam Centre School – Foto by Facebook Tubig Mampallam Centre School

Menurut beliau lagi, isu pandemik COVID-19 tidak melunturkan semangat mereka sebagai ‘role model’ kepada para pelajar di Tubig Mampallam Centre School untuk beroleh tahap pendidikan yang berkualiti dan bersesuaian dengan norma baharu ini.

“Sentiasa cakna dalam memerhatikan perkembangan anak didiknya agar mampu menyesuaikan diri dengan pembelajaran norma baharu ini dengan adik dan saksama”

“Tugas utama seorang guru dalam mendepani cabaran pendidikan sewaktu pandemik COVID-19 ini tidak mudah. Jesteru itu, kami para guru perlu memastikan pembelajaran utama para pelajar dapat dilaksanakan dengan baik”

“Kami perlu kemas kini semua topik dan latihan yang perlu dibaca dan jawab oleh pelajar dalam masa ditetapkan. Kemudian modul tersebut akan dikembalikan, supaya guru dapat menilai pemahaman anak didik mereka sepanjang pembelajaran tersebut,” katanya.

Penulis: Nor Farah Hiatunisa Mohd Hatta

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular