KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang broker bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta.
Lelaki yang beusia 62 tahun itu ditahan sekitar jam 9.30 malam Selasa di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan, menjadikan keseluruhan tiga individu kini dalam tahanan suruhanjaya berkenaan.
Penangkapan ini berikutan selepas penahanan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang disyaki turut terlibat dalam kontrak perolehan LSC berkenaan, kelmarin.
“Difahamkan, suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat.
Susulan itu, permohonan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 30 Januari depan telah dibenarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Astro Awani