spot_img
HomePolitikBN tumpu slogan 'Kestabilan Untuk Kemakmuran'

BN tumpu slogan ‘Kestabilan Untuk Kemakmuran’

JOHOR BHARU: Barisan Nasional (BN) dalam fasa terakhir memuktamadkan manifestonya seterusnya yang akan memfokuskan slogan, ‘Kestabilan Untuk Kemakmuran’.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac nanti, ia adalah agenda besar di peringkat kepimpinan sebagai tawaran kepada pengundi.

“BN tidak pernah menawarkan janji bulan dan bintang, namun berpendirian dengan tertubuhnya sebuah kerajaan yang kuat dan mantap, rakyat boleh mula hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

Katanya, ini akan memberikan kesan yang dipanggil snowballing impact ataupun kesan gandaan lain, termasuklah ekonomi, dan pelaburan terutamanya di Johor.

“Dahulu, kita sentiasa berada di kedudukan teratas, nombor satu dan ini memberi kesan terhadap soal penawaran pekerjaan anak muda yang keluar dari universiti serta kolej vokasional. Sekarang ini, kalau kita tengok kedudukan negeri Johor, ia berterusan di nombor tujuh atau lapan baik dari segi pelaburan langsung domestik (DDI) atau pelaburan langsung asing (FDI),” katanya.

“Jika ramai pelabur keluar ataupun tidak membuka kilang dan menawarkan pekerjaan, mana mungkin rakyat boleh hidup dalam suasana pandemik dan suasana yang ada pada hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, sejak BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pemuda BN tidak berhenti bahkan menjadi permulaan untuk pihaknya memperbaiki kesilapan dan kelemahan lampau yang tak perlu diulangi lagi.

“Alhamdulillah saya melihat kesiapsiagaan jentera dan penerimaan rakyat terhadap UMNO dan sedar, kita tak perlu menunding jari mengatakan ini kesilapan orang lain, kita banyak melakukan muhasabah diri,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin rakyat negeri ini mahu supaya BN kembali memerintah tetapi dengan wajah yang baharu dan segar. -BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular