spot_img
HomeUncategorizedBincang kenaikan harga ayam dan telur, baru naik gaji minimum

Bincang kenaikan harga ayam dan telur, baru naik gaji minimum

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan akan direalisasikan sebelum penghujung tahun ini setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Menurut Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Datuk Dr. Madeline Berma berkata, kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 bukanlah menjadi isunya tetapi isu ayam, telur dan rantaian bekalan itu yang patut dibincangkan.

“Kenaikan gaji miminum berkemungkinan boleh meninggalkan kesan harga di mana harga barang akan meningkat.

“Ia boleh menyebabkan kesan penggantian apabila kenaikan harga barang diserap, majikan atau pengusaha pula yang akan mengalihkan kos tambahan kepada pengguna,” tambahnya lagi.

Beliau berkata, disebabkan masalah tersebut, terdapat segelintir masyarakat yang tidak dapat menikmati kenaikan gaji minimum apabila harga barangan yang naik.

“Kesan lain pula, ada sesetengah majikan yang menyatakan bahawa ini adalah waktu terbaik menggnatikan pekerja dengan mesin atau teknologi baharu kerana mereka enggan menanggung beban kenaikan gaji buruh,” katanya semasa program Ruang Bicara bertajuk ‘Kos Sara Hidup Naik, Gaji Masih Sama… Sampai Bila?

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular