SANDAKAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan, berkenaan banjir kilat berlaku di Sundang Darat, Jalan Ulu Sibuga, Sandakan, hari ini.
Menurut laporan, Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah kawasan Sundang Darat dinaiki air, berikutan hujan lebat yang berterusan.
Siasatan awal dari pegawai yang beroperasi juga mendapati terdapat beberapa jalan utama yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan akibat kenaikan paras air.
Susulan itu, tiada operasi pemindahan dijalankan setakat ini manakala maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.