spot_img
HomeSemasaBalai Polis Inanam dinilai bagi Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM

Balai Polis Inanam dinilai bagi Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM

KOTA KINABALU: Perumahan Balai Polis Inanam hari ini menjadi tumpuan apabila menerima kunjungan panel penilai bagi Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 bagi Kategori C.

Majlis penilaian yang berlangsung di Dewan Serbaguna Balai Polis Inanam itu disempurnakan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Iyda Ismail dan turut dihadiri Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai dan penghuni perumahan.

Sesi lawatan dilakukan di Perumahan Balai Polis Inanam.

Panel penilai diketuai Superintendan S. Suzana S. Abdullah selaku Pengerusi Panel Penilai bersama DSP Nor Azliy Abd Razab, ASP Mohd Asyraf Chai Abdullah dan Inspektor Ngoi Yeai Hui.

Menurut penganjur, anugerah tersebut bukan sekadar mengiktiraf pengurusan perumahan terbaik, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan dan kerjasama warga PDRM dengan komuniti setempat demi mewujudkan suasana kediaman yang bersih, selamat dan sejahtera.

Taklimat awal dimulakan Pengerusi Perumahan Polis Inanam, SI Abdul Halim Johari sebelum sesi lawatan penilaian dijalankan ke seluruh kawasan perumahan termasuk rumah contoh bagi menilai aspek kebersihan, fasiliti dan tahap keselamatan.

Lawatan turut diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ketua Polis Balai serta Ahli Jawatankuasa Perumahan Polis Inanam. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular