spot_img
HomeSemasaAdik-beradik hanyut masih belum ditemukan

Adik-beradik hanyut masih belum ditemukan

KENINGAU: Pasangan adik-beradik yang hanyut dibawa arus deras dalam kejadian di Sungai Liawan Kampung Dangulad di sini masih belum ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pengiran berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan semalam diperluaskan hingga sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, sehingga SAR ditamatkan pada jam 5 petang, kedua-dua mangsa masih belum ditemukan.

“Pasukan bomba yang terlibat dalam operasi SAR membabitkan anggota dari BBP Keningau dan Sook.

“Selain itu, penduduk kampung berhampiran dan pasukan pengakap turut sama membantu dalam operasi SAR,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian tengah malam kelmarin, kedua-dua mangsa iaitu lelaki berumur enam tahun dan perempuan berumur empat tahun dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bapa mereka yang memandu kenderaan berkenaan.

Namun kenderaan terbabit dihanyutkan arus sungai yang deras secara mendadak semasa melalui jambatan konkrit di Kampung Dangulad.

-UBSO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular