spot_img
HomePolitikBarisan Nasional masih relevan dihati rakyat Sabah - Anil Sandhu

Barisan Nasional masih relevan dihati rakyat Sabah – Anil Sandhu

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Konvensyen BN Sabah 2022 kelmarin yang dihadiri lebih 5,000 orang. Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Kurup dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin serta Dato Sri Najib Razak Pengerusi Penasihat Barisan Nasional, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Barisan Nasional Malaysia.

Dato Sri Anil Sandhu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu berkata, kehadiran yang cukup luar biasa lebih daripada jangkaan. Gelombang biru membadai ITCC Penampang pada hari ini.

“Kehadiran ahli seluruh negeri, cukup membuktikan bahawa Barisan Nasional masih relevan di hati rakyat Sabah” katanya.

Anil yang juga, Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia berkata terlalu banyak nasihat yang kita dapat di majlis kali ini. Semoga segala nasihat dan ucapan yang disampaikan oleh para pemimpin dapat membuka mata hati ahli-ahli Bn untuk menerima teguran yang positif membina diri untuk lebih bersifat pemimpin yang adil, jujur amanah dan setia kepada parti. Dan sentiasa memupuk semangat berkumpulan dalam satu kumpulan.

Dato Sri Anil Sandhu bersama Datuk Awang Aslee, Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah.

“Janganlah menjadi gunting dalam lipatan dan jangan diwujudkan sikap berpuak-puak, iri hati dalam kelompok sesama kumpulan.Berada dalam parti yang sama haruslah sentiasa berkerjsama dengan telus dan berganding bahu” ulasnya lagi.

Anil juga berpesan kepada rakan seperjuangan, berkerjalah untuk rakyat bukan untuk diri sendiri, sematlah segala nasihat yang diberikan.

“Dari rakyat kepada rakyat. Mandat akan diberikan semula kepada rakyat pada bila-bila masa teruskan bekerja dan bijaklah dalam memilih jangan sampai pisang berbuah dua kali” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular