spot_img
HomeSukanPercepatkan vaksinasi kontinjen SUKMA Sabah - Anil Jeet Singh

Percepatkan vaksinasi kontinjen SUKMA Sabah – Anil Jeet Singh

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah didesak ramai pihak, berkenaan proses vaksinasi Covid-19 kepada semua atlet dan jurulatih Sabah untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) nanti.

Presiden Persatuan Hoki Sabah (SHA) Datuk Seri Anil Jeet Singh, ketika dihubungi menyatakan bahawa proses vaksinasi atlet dan jurulatih serta pegawai terlibat perlu disegerakan secepat mungkin, bagi menghadapi SUKMA ke-20  Johor yang ditangguh ke tahun hadapan.

“Kami mendesak menteri, Datuk Ellron Angin ambil tindakan segera proses vaksinasi atlet dan pegawai agar mereka boleh terus berlatih untuk persiapan SUKMA nanti”

“Setelah mereka divaksin, sudah pasti menjadi motivasi semangat, jurulatih dan para atlet untuk berlatih bersungguh-sungguh”, katanya lagi.

Sementara itu Anil yang juga Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia meminta menteri memberi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk kontinjen Sabah. Ia memudahkan dan mempercepatkan atlet berlatih dengan norma baharu.

Jelasnya, Persatuan Hoki Sabah (SHA) telah berusaha untuk bertemu dengan Menteri Belia Sukan Sabah berkenaan perkara ini, namun menemui jalan buntu.

“Kami telah berusaha membuat janji temu untuk menemuinya, memberi penjelasan dan perbincangan mengenai masalah yang kami hadapi dalam tiga bulan terakhir ini”

“Permintaan kami, bagaimanapun, tidak dilayan sampai sekarang.

“Kita perlu mencari jalan terbaik untuk menjalankan aktiviti sukan di Sabah, jangan sampai terlewat bagi para atlet dan jurulatih untuk membuat persiapan”, jelasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular