HomeSemasaProgram Komuniti Madani Tuaran, bina masyarakat prihatin dan aktif sosial

Program Komuniti Madani Tuaran, bina masyarakat prihatin dan aktif sosial

TUARAN: Program Komuniti Madani Tuaran 2026 menjadi medan perkukuh semangat sukarelawan, kesejahteraan perpaduan dalam komuniti Kampung Mengkabong Tuaran.

Wan Sidik, Pengerusi Kelab Komunit Tuaran berkata, program ini bukan sahaja menghimpunkan masyarakat setempat, golongan belia.

Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran, agensi kerajaan dan pemimpin komuniti turut serta dalam usaha memperkukuh semangat kesukarelawanan, kebersihan alam sekitar serta perpaduan masyarakat setempat.

“Program ini dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bersama Kelab Komuniti Tuaran, dengan penglibatan pelbagai pihak bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, seperti gotong-royong membersihkan lereng Sungai Kampung Mengkabong.

“ Pembersihan ini meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar”

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan sungai, malah menggalakkan penduduk setempat supaya bersama-sama memelihara kebersihan dan kelestarian alam demi kesejahteraan generasi akan datang,” tambahnya.

Senamrobik bersama komuniti dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pantai Dalit melibatkan komuniti setempat bersama Pusat Aktiviti Warga Emas Pantai Dalit yang memberikan peluang kepada masyarakat pelbagai peringkat umur untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ceramah kesukarelawanan belia dan komuniti turut diadakan dengan bertemakan kepentingan mewujudkan sukarelawan belia dan komuniti di kampung telah disampaikan oleh Jani Lani, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Tuaran.

Ceramah ini turut melibatkan penyertaan belia dan pelajar IPG Kampus Kent Tuaran yang aktif dalam Squad Sukarelawan.

“Pengisian tersebut menekankan pentingnya semangat sukarelawan sebagai asas membina masyarakat yang prihatin, bertanggungjawab dan bersedia membantu golongan yang memerlukan”

“Golongan belia juga digalakkan memainkan peranan sebagai penggerak komuniti dengan menyumbangkan tenaga, idea dan kemahiran dalam pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung,” katanya ketika ditemui wartawan DEMI SABAH.

Wan Sidik (Kiri), Pengerusi Kelab Komuniti Tuaran Sabah

Sukan komuniti belia turut diadakan bagi menggalakkan gaya hidup aktif, membina semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan anak muda.

Sukan komuniti dilihat sebagai salah satu pendekatan berkesan untuk menarik penglibatan belia dalam aktiviti positif dan memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat.

Dialog bersama agensi kerajaan dan pemimpin komuniti kampung juga diadakan bagi memberi ruang dialog antara agensi kerajaan, Majlis daerah Tuaran, UPPM N13 Pantai Dalit bersama pemimpin komuniti dan penduduk Kampung Mengkabong bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

Dialog ini menjadi platform penting untuk mendengar pandangan, cadangan dan keperluan penduduk, di samping menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara komuniti dengan agensi kerajaan dalam menangani isu-isu di peringkat kampung.

Wan berkata, Kelab Komuniti Tuaran berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai belia dan masyarakat setempat.

“Program Komuniti MADANI Tuaran 2026 membuktikan bahawa kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan komuniti, institusi pendidikan dan penduduk mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan aktif dalam pembangunan komuniti.

“Semangat kesukarelawanan, kebersihan alam sekitar dan perpaduan yang dipupuk melalui program ini diharapkan dapat diteruskan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja di Kampung Mengkabong, malah di seluruh daerah Tuaran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular