TAWAU : Sebanyak 62 ketua isi rumah yang menjadi mangsa kebakaran Kg Sungai Buaya Tawau Lama telah menerima bantuan sumbangan peribadi semalam.
Menurut Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, bantuan tersebut daripada Menteri Kerja Raya Sabah, Bung Moktar Radin, Jabatan Kebajikan, Persatuan Anak Seni Tawau (ASET) serta Al Nur Marketing Sdn Bhd.
“Bantuan tersebut merangkumi wang tunai,telur,beras serta makanan lain,” tambahnya.
Nizam menyatakan kesemua mangsa ditempatkan di lokasi penempatan sementara dewan terbuka Batu 2 Jalan Apas yang bersebelahan masjid.
Kesempatan itu Nizam berharap lebih ramai lagi Persatuan, Kelab, Syarikat, Peniaga dan perseorangan tampil memberikan bantuan agar sedikit sebanyak meringankan beban semua mangsa.
Dalam pada itu, Nizam turut menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa kebakaran dan berharap mereka tabah menghadapi musibah tersebut.