spot_img
HomeSemasa23,578 kanak-kanak daftar PICKids di Sabah

23,578 kanak-kanak daftar PICKids di Sabah

KOTA KINABALU : Setakat semalam, seramai 23,578 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di Sabah telah mendaftar untuk divaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang sudah mendaftar di Sabah bermula semalam di lima hospital pakar sebelum diperluaskan ke hospital dan klinik seluruh negeri bermula hari ini.

“Lima hospital pakar terbabit ialah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, Hospital Dushess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau,” tambahnya.

Menurut Rose, kita masih terus menyediakan 251 fasiliti kesihatan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah yang terdiri daripada hospital serta klinik kerajaan dan swasta.

“Fasiliti itu untuk menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin sama ada booster, vaksin kanak-kanak, dos kedua dan dos pertama,” tambahnya.

Rose berkata ibu bapa dan penjaga boleh mendaftarkan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing melalui aplikasi MySejahtera dengan menggunakan dokumen MyKid atau Sijil Kelahiran.

“Bagaimanapun, pelaksanaan PICKids di Sabah turut dibuat melalui walk in, PPV Awam, offsite PPV, aktiviti jangkauan luar ke kawasan pedalaman dan mengikut sekolah dalam daerah,” tambahnya.

“Sama seperti program pemberian vaksin sebelum ini, vaksin untuk kanak-kanak juga adalah percuma kepada warga negara Malaysia dan warga asing,” tambahnya lagi.

Kesempatan itu,Rose Nani menyarankan ibu bapa dan penjaga disarankan agar memastikan anak-anak yang dibawa mendapatkan vaksin supaya mengambil makanan sebagai alas perut sebelum divaksin.

“Kanak-kanak juga perlu memakai baju lengan atau seluar yang boleh lipat dengan mudah kerana suntikan diberi pada lengan atas atau di bahagian paha,” tambahnya.

“Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memberi ubat paracetamol kepada anak jika mengalami demam selepas vaksinasi dengan dos mengikut berat badan,” tambahnya lagi.- BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular