spot_img
HomeJenayah2 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Narkotik

2 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Narkotik

SANDAKAN: Tekad membanteras jenayah dadah di daerah ini dibuktikan lagi apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menahan dua lelaki tempatan dalam serbuan Ops Tapis Narkotik, malam tadi.

Operasi yang dijalankan antara jam 8.30 malam hingga 9 malam di kawasan Blok 70, Jalan Singapura, Pusat Bandar Sandakan itu menemui dadah jenis syabu yang disyaki untuk kegunaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan IPD Sandakan untuk membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di semua peringkat, khususnya di kawasan bandar.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular