PUTATAN – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang telah memberi semangat kepada Parti Warisan yang akan berkoloborasi dengan beberapa buah parti di Sabah termasuk UMNO.
“Kita sudah kenal pasti beberapa parti yang boleh bekerjasama di antaranya UMNO di peringkat Sabah.”
“Namun begitu, Warisan belum memutuskan lagi untuk memberi jawapan secara langsung,” Katanya kepada di Program Bersama Akar Umbi di Putatan pada malam ahad.
Tambah Shafie, walaupun Warisan kini adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan, namun pada peringkat negeri Sabah parti tersebut tidak termasuk.
“Orang kita banyak dibeli, cukup jelas dan faham hala tuju keadaan sesuatu parti. Sebelum memutuskan kerjasama ada baiknya jika mengenal pasti parti dapat memberi kekuatan dan keutamaan”
“Yang menyusun atur bukan daripada pemimpin di peringkat bahagian malahan kita dapat menonjolkan bakal-bakal pemimpin yang akan mewakili parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang,” tambahnya.
Beliau, juga menjelaskan bahawa kerjasama di antara parti Warisan dengan Pakatan Harapan (PH) sudah memang wujud dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kami adalah yang pertama, sebenarnya sayalah yang awal-awal menyatakan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Hajiji (Datuk Seri Hajiji Noor) masih lagi sokong Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” katanya. – Sinar Harian