spot_img
HomeDuniaVarian OMICRON dilaporkan di 57 buah negara, rawatan di hospital dijangka akan...

Varian OMICRON dilaporkan di 57 buah negara, rawatan di hospital dijangka akan meningkat : WHO

GENEVA : Varian Omicron merupakan varian baru yang dikesan setelah wujudnya Varian Delta. Laporan tentang Varian Omicron di 57 buah negara mula menimbulkan kebimbangan banyak pihak apabila jumlah pesakit yang dirawat di hospital dijangka akan semakin meningkat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dalam laporan mingguannya, menekankan tentang keperluan data bagi menilai kadar jangkitan yang berpunca dari Varian Omicron sekaligus menyelidiki tentang ketahanan individu yang telah divaksin.

“Tahap Varian Omicron mungkin berpotensi berada di tahap lebih rendah daripada varian Delta, namun begitu jumlah pesakit yang akan dirawat di hospital masih akan bertambah jika lebih ramai orang dijangkiti, hal ini kerana varian Omicron merupakan varian yang paling cepat merebak walaupun kurang bahaya,” jelas WHO.

WHO juga menjelaskan tentang jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Afrika Selatan bertambah secara drastik pada 5 Disember dan telah mencecah kepada angka 62,000 kes pada 8 Disember. Peningkatan paling tinggi dikesan di Eswatini, Zimbabwe, Mozambique, Namibia dan Lesotho.

Hal yang lebih membimbangkan adalah penularan varian Omicron dengan kadar vaksinasi rendah mungkin menjadi sebab utama dalam peningkatan kes Covid-19 di negara tersebut.

“Merujuk kepada risiko jangkitan semula, analisis awal menunjukkan bahawa mutasi yang wujud dalam varian Omicron mungkin akan mengurangkan kegiatan peneutral antibodi yang akhirnya membawa kepada kurangnya perlindungan semula jadi dalam tubuh manusia.” bahas WHO lagi.

Merujuk kepada hasil kajian ketua kajian makmal di Institut Kajian Kesihatan Afrika Selatan, dua dos vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer Inc dan BioNTech berkemungkinan tidak boleh melindungi sistem imun seseorang individu untuk mengekang varian Omicron.

Dengan itu, langkah berjaga-jaga daripada semua pihak amatlah penting demi kebaikan bersama. Kemunculan varian baru mungkin boleh menjadi penyumbang utama kepada kelemahan ketahanan barisan hadapan kerana pertambahan bilangan pesakit yang dirawat di hospital memerlukan sepenuhnya tenaga pihak kesihatan untuk pemantauan dan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular