TULID: Pilihanraya Negeri Sabah ke-17 semakin hampir membuka tirainya, rakyat akan memilih tampuk pimpinan yang baharu.
Ketua Penaja UMNO N44 Tulid, Bonepes Been berkata persiapan UMNO Tulid sudah siap sedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN Sabah ke-17.
“Kuasa ditangan rakyat untuk memilih pemimpin yang baharu. Pemimpin yang cemerlang selalu membantu rakyat dikala dalam kesusahan pasti akan kekal,” katanya.
Tambah beliau, jikalau pemimpin yang telah dipilih tidak membantu rakyat dikala dalam kesusahan dan tidak menjaga kebajikan rakyatnya, pasti ditolak.
Beliau juga mengulas tentang ramai yang ingin menjadi calon PRN Sabah bukan setakat UMNO/BN tetapi semua parti.
“Macam biasa bila tiba musim pilihanraya, pemimpin mahu jadi calon pilihanraya seperti cendawan tumbuh selepas hujan”
“Peliknya muncul masa mahu PRN sahaja, kenapa tidak muncul sebelum PRN dan membantu rakyat dengan konsisten,” jelasnya.
Menurut beliau, rakyat sudah bijak untuk memilih pemimpin. Zaman teknologi media sosial, info hanya dihujung jari.
Bonepes mengulas lanjut berkenaan gerak kerja UMNO Dun N44 Tulid.
“Bagi kami UMNO di N44 Tulid sudah kerja lima tahun, kalah menang kami tetap bekerja untuk rakyat,” katanya ketika ditemui media semasa ziarah PDM Magatang, Kg Penagatan Laut, Kg Magatang, Kg Bomboi dan ziarah Tamu Mingguan Kg Sinua PDM Mensiat.
Tambahnya soal calon di Dun N44 Tulid ini biarlah kepimpinan tertinggi, Ketua UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden UMNO/BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang putuskan nanti.
“Kalau saya terpilih menjadi calon, insyallah saya akan patuh sepenuhnya terhadap pembangunan, ekonomi, pendidikan dan menyelesaikan masalah tentang tanah untuk rakyat Dun.44 Tulid,” katanya. – DEMI SABAH