spot_img
HomeSemasaTular makanan RMT hanya nasi dan kuah, KPM buat siasatan

Tular makanan RMT hanya nasi dan kuah, KPM buat siasatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar sekolah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hanya di diberikan nasi dan kuah.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, beliau dimaklumkan mengenai dakwaan terbabit yang tular di media sosial dan sudah mengarahkan siasatan dilakukan segara.

Radzi berkata beliau telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan dan siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah,” tambahnya.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” tambahnya lagi.

Kesempatan itu, Radzi berkata KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

“KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT,” tambahnya.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular