spot_img
HomeEkonomiTidak perlu keluar KWSP, kerajaan akan bantu cara lain | Demi Sabah

Tidak perlu keluar KWSP, kerajaan akan bantu cara lain | Demi Sabah

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan akan mengumumkan bantuan untuk membantu golongan B40 tanpa membuat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkara ini akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 nanti. Tambah Rafizi, rakyat perlu berhati-hati dalam pengeluaran KWSP kerana kos yang perlu dibayar kemudian hari adalah tinggi.

Walaupun beliau faham ia dapat membantu sesetengah keluarga atau golongan buat masa sekarang, namun bukan cara pengeluaran KWSP.

Petikan Sinar Harian, Rafizi berkata, kerajaan boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannya, tetapi dalam keadaan masyarakat kini makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang.

“Jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan,” katanya.

Jelas Menteri Ekonomi itu, apa yang kerajaan mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan.

“Kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua, walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang, tetapi dia mencuci tangan untuk masa akn datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya. – Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular