spot_img
HomeDuniaThailand kembali sebagai pelancongan bebas kuarantin

Thailand kembali sebagai pelancongan bebas kuarantin

BANGKOK: Penangguhan kemasukan bebas kuarantin bagi para pelancong ditamatkan hari ini dan memulakan kembali aktiviti kemasukan bebas kuarantin untuk pelancong yang telah lengkap vaksinasi. Hal ini berikutan daripada sektor ekonomi Thailand yang semakin lemah dan kerajaan bergantung kepada industri pelancongan untuk memulihkan kembali ekonomi mereka.

Sementara itu, Indonesia telah meluluskan rancangan untuk membenarkan pelancong dari Singapura ke Kepulauan Riau, termasuk Batam dan Bintan, tanpa sebarang keperluan kuarantin.

Filipina pula dilaporkan membuka semula sempadannya kepada pelancong yang telah lengkap vaksinasi kepada 157 negara mulai 10 Februari ini selepas menangguhkan pembukaan semulanya pada Disember lalu.

Pembukaan semula kemasukan bebas kuarantin di Thailand disifatkan sebagai langkah berani kerana negara itu membuka kemasukan kepada para pelancong dari pelbagai negara dengan syarat lengkap vaksinasi sahaja.

Pada mulanya Thailand memulakan program kemasukan pada November dan hanya pelawat daripada 63 negara dan wilayah yang disahkan layak. Susulan daripada situasi semasa, Thailand terpaksa menggantung program berkenaan pada 22 Disember bagi meninjau keadaan varian Omicron.

Setelah melihat situasi kini yang semakin terkawal, langkah terbaru kerajaan Thailand bagi memulihkan sektor ekonomi adalah dengan membuka semula pusat pelancongan secara bebas buat pelbagai negara malahan tiada ketetapan kuarantin dan hanya memerlukan sijil lengkap vaksinasi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular