spot_img
HomeSemasaTanah runtuh di Penampang, dua maut termasuk seorang kanak-kanak

Tanah runtuh di Penampang, dua maut termasuk seorang kanak-kanak

PENAMPANG: Dua individu, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, di sini petang tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, selain dua mayat mangsa yang ditemukan, empat kanak-kanak lain terselamat dalam kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, insiden ini melibatkan kejadian tanah runtuh dengan terdapat dua mangsa dengan salah seorangnya adalah kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia.

“Empat lagi kanak-kanak termasuk bayi berusia lapan bulan terselamat dalam insiden itu,” katanya.

Dilaporkan, empat mangsa yang ditemukan selamat iaitu Risdah Jabin, 22, Norsirah Asbirin, 3, Juliana Zulazmil, 1, dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Dayana Zulazmil.

Beliau berkata punca kejadian dan maklumat lain seperti hubungan mangsa masih dalam siasatan.

Menurut jurucakap tersebut, bomba menerima panggilan insiden itu sekitar jam 3.57 petang sebelum sepasukan bomba dari Penampang dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat. – Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular