spot_img
HomeSemasaTanah dikorek bantu jejak OKU hilang di hutan | Demi Sabah

Tanah dikorek bantu jejak OKU hilang di hutan | Demi Sabah

PENAMPANG: Melalui tanah yang dikorek, Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah berjaya menjejak seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang dalam hutan berdekatan Kampung Kituau, Penampang, hari ini.

Mangsa yang berusia 39 itu akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9.30 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa ditemui berdasarkan kesan tanak yang dipercayai dikoreknya.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan lemah kerana dipercayai lapar selepas tidak makan sejak tengah hari semalam.

“Mangsa sebelumnya disedari hilang oleh ahli keluarganya pada jam 3 petang semalam, yang kemudiannya membuat laporan untuk membantu mencari mangsa, “ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemeriksaan mangsa dilakukan sebelum mangsa dihantar pulang ke rumah manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.45 pagi.

Usaha mencari OKU tersebut turut dibantu penduduk kampung sebelum ditangguhkan pada jam 11.30 malam dan telah disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi. – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular