PUTATAN: Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffery Nor Mohamed mencadangkan beberapa langkah drastik dalam menangani masalah air yang dihadapi oleh negeri Sabah.
Beliau berkata, sudah sampai waktunya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diswastakan secara berperingkat.
“Perlu swastakan segera, agar gerak kerja di Jabatan Air Sabah lebih efisen. Apabila diswastakan, sudah tentu ada perubahan radikal akan dilakukan bagi menepati sasaran perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah itu pernah menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO berkenaan masalah asas infrastruktur negeri Sabah.
“Saya tegaskan di PAU, perlunya peruntukan yang besar untuk menyelesaikan masalah air, elektrik dan jalan raya di Sabah”
Beliau juga terkejut apabila Kota Kinabalu International Airport (KKIA) baru-baru ini tiada air.

“Pentadbiran JANS perlu disusun semula, kerana saya lihat tidak ada kompitennya untuk solve the problem. Ramai ketua jabatan tetapi tidak tahu bagaimana cara ingin selesaikan masalah”
“Cadangan saya tukar pegawai yang kurang berpotensi kepada orang baru yang berpengalaman luas dan inovatif dalam menyelesaikan masalah,” katanya.
Jelasnya dengan susun semula heraki dalam Jabatan Air Negeri Sabah untuk lebih fokus dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu air di negeri ini.