spot_img
HomePolitikShafie sokong kerusi parlimen Sabah, Sarawak ditambah

Shafie sokong kerusi parlimen Sabah, Sarawak ditambah

Tawau: Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyokong cadangan jumlah kerusi parlimen Sabah dan Sarawak ditambah sekurang-kurangnya lebih 70 atau satu pertiga.

Presiden Parti Warisan (WARISAN) tersebut berkata, perkara itu memang sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan sepatutnya dilaksanakan untuk keadilan Sabah dan Sarawak.

“Pada hari ini, kalau dikira kerusi parlimen Sabah dan Sarawak kurang daripada satu pertiga iaitu hanya 56 sahaja daripada 222 kerusi.

Menurut beliau, mengikut jumlah kerusi satu pertiga, Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya harus mempunyai lebih dari 70 kerusi dalam parlimen.

“Tambahan kerusi untuk Sabah dan Sarawak mampu memberi keseimbangan suara sekali gus hak yang sepatutnya didengari.

“Sokongan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 tidak berkaitan dengan ideologi politik namun sokongan berkenaan adalah untuk hak dan suara rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau menjelaskan WARISAN akan melihat keperluan sama ada melaksanakan kerjasama pintar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang dengan melihat dari pelbagai aspek termasuklah kepimpinan parti tersebut.

Menurutnya, kerjasama pintar juga selari dengan perjuangan WARISAN untuk mempertahankan kepentingan Sabah. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular