spot_img
HomePolitikPAS Sabah mahu tahu kedudukan dalam GRS

PAS Sabah mahu tahu kedudukan dalam GRS

KOTA KINABALU : Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan akan bertemu Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor bagi mengetahui kedudukan parti itu dalam gabungan itu.

Aliakbar berkata penubuhan GRS ini dipersetujui oleh semua parti komponen yang sudah dibentuk sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020.

“Bagaimanapun, kita daripada pihak PAS Sabah melihat perkara ini untuk diteliti semula,” tambahnya.

“Oleh itu, kita akan bertemu sendiri dengan pengerusi GRS dalam masa terdekat kerana mengetahui parti ini tidak disebut sebagai salah satu parti komponen dalam GRS menerusi media massa,” tambahnya lagi.

Menurut Aliakbar, secara prinsipnya kedudukan parti ini masih bersama Perikatan Nasional (PN) dan tidak terpisah daripada komponen BERSATU.

“Namun dari segi struktur GRS yang baharu ini, kita tidak mendapat sebarang maklumat lebih tepat,” tambahnya.

Setiausaha PAS Sabah itu berkata demikian ketika diminta mengulas susulan pengumuman GRS pada Jumaat lalu yang menyatakan terdapat empat parti yang menganggotai gabungan terbabit.

Empat parti berkenaan adalah BERSATU, Parti Bersatu Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) manakala UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi rakan GRS dalam kerajaan negeri.

Kesempatan itu, Aliakbar berkata pihaknya tidak mahu perkara umpama itu menjadi punca pertelingkahan antara PAS Sabah dan GRS.

“Kita tidak mahu menggunakan perkataan ‘disisihkan’ untuk mengelakkan berlaku salah faham. Hal ini kerana kita masih dalam kalangan rakan komponen GRS sebelum gabungan berkenaan didaftarkan,” tambahnya.- BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular