spot_img
HomeJenayahSetiausaha Eksekutif UMNO Sabah dipukul, ambil tindakan undang-undang | Demi Sabah

Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah dipukul, ambil tindakan undang-undang | Demi Sabah

KOTA KINABALU: Tular video Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah ditumbuk dibahagian muka oleh seorang individu di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada sabtu.

Video berdurasi 30 saat itu, memperlihatkan seorang individu bertindak agresif menumbuk ke muka Azhier Farhan, Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah.

Menurut Azhier dilaman facebooknya, individu tersebut dikenalpasti sebagai Azwan Abdullah dan Hajais Harrun.

“Kedua-dua mereka adalah adik ipar dan adik kandung kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu Mejar (Kehormat Rela) Halid Harun yang telah kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu, 18 Mac 2023” jelasnya.

Tambahnya, beliau sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah telah diarahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat Tan Sri Shahrir Abd Samad untuk memantau dan mengambil alih penyeliaan perjalanan Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu berikutan ketidaksediaan UMNO Bahagian Lahad Datu menjalankan Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu pada 18 Mac 2023.

Pemilihan ini mesti dijalankan serentak bersama dengan UMNO Bahagian lain di seluruh Malaysia.

“Atas dasar mengalas tanggung jawab dan amanah, saya telah memastikan perjalanan pemilihan tersebut diadakan sepertimana diarahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat secara telus dan adil”

“Namun, ada pihak tidak senang dengan ketegasan saya dan menuntut menghentikan perjalanan Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu dengan bertindak mencetuskan huru-hara di dalam dewan pusat pembuangan undi,” katanya.

Menurut Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah itu, tindakan pengecut dan biadab menyerang secara curi sudah cukup mencerminkan keperibadian mereka sebenar.

“Penyerang ini kelak akan berdepan dengan kekuatan barisan peguam saya dan undang-undang akan menghukum mereka sewajarnya,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular