spot_img
HomeSemasaSESB jalankan operasi membanteras ‘Pancing Karan’ di Tawau

SESB jalankan operasi membanteras ‘Pancing Karan’ di Tawau

TAWAU: Kebiasaan penduduk setempat khususnya di kawasan setinggan melakukan kegiatan ‘pancing karan’ sudah menjadi istilah yang biasa di negara ini. Penyambungan secara haram pada tiang pembekal arus direntang penduduk tempatan demi mendapatkan bekalan elektrik.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bersama pihak berkuasa tempatan dan kru Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menjalankan operasi bagi membanteras kegiatan tersebut di Kampung Sri Aman dan Kampung Sungai Buaya di Batu 3 Jalan Apas.

Norhizami Abu Hasan, Ketua Pegawai Transformasi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berkata, perbuatan menyambungkan elektrik secara haram tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan yang serius kepada sistem bekalan elektrik tetapi boleh menyebabkan kebakaran sekaligus mengancam keselamatan orang awam.

Electricity Sdn Bhd (SESB) semasa operasi membanteras kegiatan di Kampung Sri Aman dan Kampung Sungai Buaya Batu 3 Jalan Apas, Tawau.

“SESB bersama pihak berkuasa tempatan melakukan operasi membanteras kegiatan tersebut bagi memastikan keselamatan orang awam terjaga daripada bahaya renjatan elektrik.

“Selain memastikan bekalan tenaga elektrik tidak terganggu, pihak kerajaan juga dapat mengelakkan kerugian yang besar.” Tambahnya lagi.

Menurut Norhizami, semasa operasi sedang dijalankan kira-kira tiga jam yang melibatkan sekitar 500 buah rumah, kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak RM350 000 setahun.

“Melalui operasi yang dijalankan, SESB dapat mengurangkan kehilangan tenaga bukan teknikal di seluruh negeri dengan anggaran kerugian kira-kira 20 hingga 30 juta ringgit setahun kesan sambungan bekalan elektrik secara haram,” katanya.

Seramai 109 petugas telibat yang terdiri daripada Petugas SESB, Suruhanjaya Tenaga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Bantuan SESB dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang turut serta dalam operasi membanteras aktiviti ‘pancing karan’ tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular